Saturday, December 19, 2009

Words from my brother

jangan bimbang wahai adikku, kegagalan sekali bukan gagal untuk selama-lamanya. abang percaya adik abang akan dapat yang lebih baik. masih ramai lagi yang boleh kita cari. adik abang jangan sedih walaupun sakit macam mana pun, adik abang tetap ada keluarga yang masih prihatin. adik abang masih mentah dan suatu hari nanti, adik abang akan faham apa ... itu kehidupan yang sebenar. masih banyak perkara yang perlu di buat. ingat cinta kita kepada Allah adalah segalanya di bumi ini. jangan terlalu taksub dengan cinta kepada hambanya. kita hidup di dunia ini hanya lah sementara. kita adalah umat di akhir zaman. percaya lah akhirat akan berlaku pada bila-bila masa. takut lah kepada Allah. bangkit lah daripada tidur, masih banyak perkara yang lebih penting daripada cinta kepada perkara yang sia-sia. pengajaran nya, jodoh tak kan kemana. cuma kita perlu bertawakkal dan berusaha. berdoa lah dan jangan sekali-kali kia menolak takdir daripada Allah. Dia lah yang mengawal kita, menguji kita dan mentakdirkan kita dengan hikmah-Nya. segala yang baik datang daripada-Nya dan yang buruk datang daripada kita sendiri. sudah jangan buang masa, pergi kerja-kerja yang lebih berfaedah!!! all right!!! abang dan angah pun pernah bercinta dan lagi teruk daripada adik abang nih. macam-macam kami sudah lalui dengan pengalaman yang lebih pahit, ni kan adik abang yang baru first time. sebab tu lah angah sudah jadi pendiam, gagal dalam bercinta lah tu. tapi tu lah, kematangan kita yang membeza kan remaja dan dewasa. abang pun begitu juga. itu adalah takdir Allah. ok!!! jangan bimbang, cari yang lain. dekat universiti lebih baik, sekarang ni pun ramai yang lebih lawa menanti adik abang di universiti. finally, some action!!!

No comments:

Post a Comment