Saturday, September 5, 2009

kenapa aku buang myspace???

Assalamualaikum,



Selama hampir bertahun-tahun aku ber-Myspace, banyak songgeh makhluk telah aku tonton. Ada yang berjaya menerujakan aku, ada juga yang berjaya membuat aku terangsang. Tetapi hakikatnya, yang paling menghampakan, ada yang bikin meluat, loya, muntah darah, sakit pankreas, kelenjar otot menegang, rektum menjadi kecut, otak beku , sesak nafas, kesukaran untuk membuang air kencing, hilang selera makan, insomnia, sawak babi, denggi, sembelit & pelbagai jangkitan perasaan. Aku sendiri sungguh bercelaru dengan kaum teristimewa yang telah memberi impak yang dasyat ini.

1. Profil sulit
Tolonglah. Aku akan kecewa bila kamu add aku, then aku klik profile kamu & tiba2 yang keluar adalah "This profile is set to private... bla bla bla". Apa tujuannya kau membuat profil di internet & add aku jikalau tidak mahu aku melihatnya ???? Katakan padaku!!

Aku juga paham kini berlakunya fenomena Stalkers @ pengintip yang tak berinsurans ni. But watta heck?? setan lah dia orang mahu mengamati page kamu sampai pecah skrin komputar dia orang. Block User kan ada. Kalau tak nk ada sebarang gangguan dari mereka. Block kan je la. Kalau dia orang buat profil baru lagi, block kan lagi. Lama-lama bosan la tu. Tak susah kan.? Dan paling berkesan sekali, klu tak mahu langsung diganggu, JANGAN buat MYSPACE. Duh.

Boleh je kalau nk buat sulit, bila time mau add tu, bagi-bagilah intro atau kata-kata aluan. Kan sama-sama riang ria Ribena.

2. Bukan nama sebenar
Nama punyalah dasat. Ntah apa yang dia orang nk tunjukkan. nk je aku rumuskan segala-galanya hanya dalam nama ja kot.

Contohnya, [~B@ByPh@+lOvEHiMSoMuCH~~], {#EmO`L0VE`H@TE`HeRo#}, [$aYanG_mY_HubbY *DiAyGSaTu], [PhOtoGrapHy^_LeNs ^CreW^~GLaMz~},
♥(¯'¤(_.» Ðåì¥Å«._)¤'¯)♥, dan sewaktu dengannya.

panjang sampai bole buat cerpen. Berbunga-bunga lah, huruf besar huruf kecik sampai susah betul aku nk baca. Ada alun-alun, love-love, noktah, koma dan banyak lagi unsur-unsur lain yang tidak penting.

Aku faham kamu telah cuba sedaya upaya untuk mencari nama glamor untuk diri kamu. Tapi, biarlah berpada-pada. Benda ni macam make-up jugak. Cuba tengok klu orang kene make-up over, buruk kan? Pepaham sendirilah. Boleh je klu nk guna nickname. Simple2 sudeyh..

3. Fhoto
Tidak dinafikan fhoto mmg aset penting dalam Myspace. Tida banyak orang rajin baca profil, org mesti nk tengok gambar jugak. Tapi suma gambar asek nak BAJET cunnnnn je. Klu cun betul, takpa jugak. Ni muka tak ubah macam pontianak kacukan tenuk selatan tambahan lagi dengan posing yang KONON menggiurkan, KONON ganas, KONON seksi, KONON hot. Paling meluat, KONON bunuh diri. Stop it. Geli doh. Takda sapa mau tengok benda GELI.

Satu lagi jenis spisis yang terlalu mengagung-agungkan idola mereka dgn meletakkan gambar2 artis sebagai default image. Loh, itu adalah profil kamu, yang pergi letak gamba orang lain buat apa? Klu minat, kepil la gambar idola dalam profil, tak payah la buat default.

1 comment:

  1. CaYuNK.mY.Hu3By!

    wtf weh haha

    aku agree dengan kau! budak budak myspace skang memang bodoh

    ReplyDelete